Sekian, gambar-gambar tersebut dipamerkan adalah daripada permintaan mereka sendiri. Itu saja yang ingin dikatakan oleh saya, bye-bye.
Thursday, February 04, 2010
PICTURE POST ON DEMAND
Sekian, gambar-gambar tersebut dipamerkan adalah daripada permintaan mereka sendiri. Itu saja yang ingin dikatakan oleh saya, bye-bye.
Saturday, January 30, 2010
Wednesday, January 27, 2010
Sunday, January 24, 2010
GAYA HIDUP SIHAT - BERKEBUN!
Bangun dari tidur pada waktu bila-bila masa kamu mahukan adalah impian kamu bukan, bagi pelajar sekolah menengah ni? Okay, impian itu semua orang akan rasainya apabila kamu sudah tamat menjalani SPM, iaitu semasa menunggu keputusan. Persoalannya, adakah setiap hari kamu akan berulangkan rutin harian bahawa kamu akan tidur pada lewat malamnya dan bangun keesokkan pada waktu tengah hari? adakah ia seronok dan adakah ia sebuah gaya hidup yang sihat? Jadi, luangkan lah masa kamu dengan aktiviti berfaedah... sebagai contoh, berkebun. Gambar dibawah adalah satu contoh murni dimana mereka mengamalkan aktiviti berkebun, bukan sahaja badan akan menjadi lebih sihat, tetapi mereka dapat duit upah! Bagus tu, 2 dalam 1 beb! hehe.
Lokasi adalah di Kampung Parit Pulai, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Setelah tiga hari berturut-turut bekerja, akhirnya seluruh kebun yang seluas 6 ekar itu telah siap ditanda tempat-tempatnya untuk peletakan biji benih untuk penanaman pokok kelapa sawit. Upah yang diterima oleh setiap seorang adalah sebanyak RM65. Banyak tuu, bagus... bagus.
Friday, January 22, 2010
MERENTAS DESA SMKDS 2010
Hari ini, jumaat, tamatlah sudah upacara acara Kejohanan Merentas Desa SMKDS bagi tahun 2010 ini. Acara yang begitu meriah! dan syukur sekali kerana cuaca tidak panas dan ini amat menyenangkan para peserta yang mengambil bahagian. Lagi satu, aku dapat pengalaman yang hebat hari ini, sebab... aku dapat ambik gambar sepuasnya, hehe. Namun, disebabkan ilmu belum cukup di dada, banyak lagi yang aku tak puas hati tentang hasil gambar yang telah aku shoot tadi. Apa yang ada diatas, inilah hasil yang saya fikirkan terbaik untuk paparan umum. Apa yang berat di dalam fikiran ini adalah tentang apa itu setting kamera yang terbaik, dan apa dia cara terbaik untuk mengawal kamera aku. Namun, dilihat dengan apa yang aku buat dengan Cikgu Hailmy pada acara hari ini, banyak yang aku dapat belajar tentang pengawalan fungsi kamera DSLR yang sebenar. Susah... memang susah. Ye lah, mana ada benda yang senang kat dunia ni? Ye tak? Jadi, aku nak belajar lagi tentang ilmu kamera DSLR ni...
Wish me luck okay, thanks.
Nota: Memang acara kali ini meriah... memang meriah. Bangga aku jadi bekas warga SMKDS pada tahun 2009 yang lepas, hehe. Cikgunya sporting, baik hati, dan comel-comel pulak tu. Best kan? (Seperti Cikgu Razak, hehe, jangan marah, gurau je) Okay... ini saja, dah tak ada idea nak tulis panjang-panjang. Sekian saja, wassalam, bye-bye.
Wish me luck okay, thanks.
Nota: Memang acara kali ini meriah... memang meriah. Bangga aku jadi bekas warga SMKDS pada tahun 2009 yang lepas, hehe. Cikgunya sporting, baik hati, dan comel-comel pulak tu. Best kan? (Seperti Cikgu Razak, hehe, jangan marah, gurau je) Okay... ini saja, dah tak ada idea nak tulis panjang-panjang. Sekian saja, wassalam, bye-bye.