Tuesday, July 07, 2009

SEDIKIT NASIHAT

Ini ada sedikit nasihat daripada orang tua-tua, dengar nih! Lain kali, kalau kamu semua ingin menunggang motosikal, pakailah helmet yang lengkap lagi bervisor yer. Dengan itu, barulah perjalanan anda selesa dan selamat. Terima kasih kerana sudi membaca, sekian...

Visor = Pelindung muka pada helmet

Saturday, July 04, 2009

HARI KANTIN

GERAI ABC FUT FUT
GERAI BURGER KRABBY FAZLY

GERAI ROTI JOHN KIKILALA

ARTIS JEMPUTAN YANG TAK BERAPA FAMOUS TAPI AGAK TERKENAL


BUTIRAN LANJUT

Peristiwa:
Hari Gerko dan Keusahawanan (Hari Kantin) Sedunia 2009
Tempat:
Perkarangan SMK Dato' Sulaiman
Tarikh:
Sabtu, 27 Jun 2009
Masa:
Jualan bermula dari jam 9.00am hingga 1.00pm
Tukang Rasmi:
Terlupa lah nama dia, maaf
Jemputan:
Para Ibubapa dan orang luar yang nak datang

Siapa yang kait mengait dengan peristiwa ini, maaf lah kerana ini sahaja gambar yang sempat dirakam. Almaklumlah, saya pun sibuk dengan jualan di gerai, tak sempat sangat nak pegang kamera. Ermm, untuk yang lebih lanjut, sila klik SINI untuk mendapatkan paparan hasil gambar yang lebih mengghairahkan. Sekian saja dari saya, wassalam...

Note: Thanks for any award (blogging award) submitted to me, I'll do it later yeah. I'm out of time laa, ermm, sorry for this inconvenience.

Thursday, July 02, 2009

DUNIA SUDAH PANAS

gambar menunjukkan seorang lelaki yang berpeluh kerana kepanasan akibat daripada kesan pemanasan global ini

Disini, saya mahu menulis tentang satu fenomena yang melanda dunia. Seperti yang anda tahu, saya rasa dunia dah semakin panas. Duduk ke berdiri ke walau dimana sahaja kita berada, mesti berpeluh. Pagi-pagi je saya dah berpeluh... dan yang tak seronoknya disini, waktu malam-malam pun berpeluh padahal saya dah bukak kipas angin pada tahap kelajuan yang tertinggi. Ish.

Oleh kerana badan selalu berpeluh pada waktu sekarang ini, sudah tentu ia akan menyebabkan ketiak kita bau masam. Dah tu, mesti kena beli banyak minyak wangi dengan deodorant. Pergh! kena keluar duit!

Kesimpulannya disini, jagalah alam sekitar kita supaya kita dapat jimatkan duit dan dunia dapat terhindar daripada pelbagai kesan buruk akibat dari pemanasan global ini... Sekian.

Wednesday, July 01, 2009

SELAMAT HARI AYAH

gambar menunjukkan seorang ayah yang memimpin anak kecilnya berjalan untuk dibawa makan ke kedai mee di hadapan seperti mana yang ditunjukkan di signboard itu.

Hari ini, kalendar sudah menunjukkan bahawa sekarang 2 Julai 2009... tetapi hari ayah disambut pada 21 Jun yang lepas. Tetapi, diharap tidak terlambat untuk saya ucapkan, Selamat Hari Ayah. Ayah ini sudah banyak melakukan perkara yang bagus-bagus untuk kita, jadi marilah sama-sama kita berterima kasih kepada beliau. Terima kasih ayah dan Selamat Hari Bapa!

BANYAK NYAMUK?

Sejak tahun 2007 sehingga kini, rumah saya telah diserang nyamuk... bukan rumah saya saja, rumah jiran pun dah kena serang dengan segerombolan nyamuk-nyamuk itu. Oleh itu pelbagai langkah telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini, tetapi...

Sudah dipanggil pihak penghapus nyamuk pun, tetap tidak berkesan juga. Nyamuk-nyamuk itu tetap gagah dan berjuang berani mati untuk menganggu hidup saya. Erm, kalau pakai penyembur nyamuk gergasi ni pun tak berkesan, sudah tentu Ridsect pun sama.
seorang lelaki bersama raket perangkap nyamuk dan gambar diatas menunjukkan bagaimana raket ini berfungsi, iaitu dengan membakar mangsa

Pejuang handalan, iaitu En. Iqbal pun tidak dapat membantu walaupun dikatakan raketnya itu telah membunuh hampir ribuan nyamuk yang ingin menggigit beliau. Nampaknya, nyamuk yang menyerang rumah saya adalah nyamuk komando kerana mereka tidak gentar akan raket ini. Huh!

Sekarang, saya hanya mampu berdoa agar nyamuk-nyamuk itu pergi jauh dari rumah saya... amin.